Sunday, October 28, 2007

Pelakon Wanita zaman dulu-dulu

Hari ni Matilda terbelek2 lah website...tah macam mana tercarik la nama2 pelakon2 lama yang Matilda minat. So Matilda pun carilah satu persatu macam nak rak. Hasilnya...oulsss boleh la baca info mereka kat bawah ni.


Hah Uolss nama penyanyi dan pelakon ni namanya Saloma atau nama sebenarnya Salmah Binti Ismail, lahir di Pasir Panjang, Singapura. Beliau adalah adik kepada pelakon veteren Mariani. Saloma adalah ikon pelakon kegilaan ramai dizaman 60an. Beliau terkenal dengan kelunakan suaranya dan juga berbakat dalam bidang lakonan. Antaranya Azimat (1958), Kaki Kuda (1958) dan Seniman Bujang Lapok (1961). Adik2 yang tak ingat siapa dia, dialah penyanyi asal lagu Selamat Hari Raya. Namun beliau telah meninggalkan kita pada tanggal 25 April 1983. Pemergiannya tiada penggantinya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatehah



Saadiah, ibu kepada pelakon Ogy Ahmad Daud merupakan antara pelakon wanita yang berjaya dalam zaman kegemilangan filem melayu. Saadiah atau nama asalnya Satya Baharom dilahirkan di Tanjung Katong,Singapura pada 10 Ogos 1937. Di antara lakonan beliau yang memberi kesan sehingga ke hari ini ialah filem Hang Tuah (1956) Musang Berjanggut dan Penarek Becha. Beliau juga merupakan seniwati melayu pertama yang membawa watak ejen perisik dalam Nora Zain-Ejen Wanita 001 yang menjalani pergambaran di Hong Kong pada tahun 1966. Sebelum itu beliau juga turut berpeluang berlakon dalam filem Melancung ke Tokyo pada tahun 1965. Selain dari itu, beliau juga adalah pengarah wanita pertama Malaysia yang mengarah filem Ceritaku Ceritamu pada tahun 1979. Saadiah juga pernah dinobatkan untuk anugerah seniwati veteren pada Festival Filem Malaysia Ke-12 pada tahun 1995. Namun beliau telah meninggalkan kita untuk selama-lamaya pada 25 Februari 2005 akibat kencing manis. Al-Fatehah untuk Allahyarhamah Satya Baharom.


Siti Tanjung Perak
Nama asal pelakon veteren ni Siti Sundari Binti Samad
Lahir di Pulau Wasi Bugis, Sulawesi

Antara lakonan nyer adalah seperti Che Mamat Parang Tumpul (1960), Bawang Putih Bawang Merah (1959), Aloha (1950) dan Noor Asmara (1949).

Lakonannyer amat mantap dan kekadang Matilda tertarik dengan lakonan bersahaja yang beliau lakukan. Matilda rasa pelakon sekarang tak boleh menandingi beliau. Beliau adalah seniwati sebenar. Namun beliau telah meninggalkan kita dan bakat beliau akan tetap dikenang sehingga kini. Al-Fatehah.


Salmah Ahmad atau nama sebenar beliau Salmah Binti Lagio. Dilahirkan di Jalan Ibrahim, Johor Bahru. Uolls mesti tak kenal siapa dia kan? Dialah pelakon utama Jula Juli Bintang Tiga (1959). Selain filem ini, lain2 lakonan beliau adalah Sumpahan Pontianak (1958) dan Rasa Sayang Eh (1959).


Uolss kenal tak sapa ni? Nama dia Saamah. Inilah pelakon yang menjadi mak angkat P.Ramlee dalam citer Hang Tuah (1956). Alah yang masa P.Ramlee nak memikat Puteri Sultan Pahang tu. Uolls mesti ingatkan?|


Wah inilah dia Pelakon Veteren Zaiton atau nama sebenarnya Zaitun Binti Abdul Hamid. Beliau dilahirkan di Singapura. Antara lakonan beliau adalah Hang Tuah(1956) , Anakku Sazali (1956) dan Lela Manja (1960)


Ha...ini adalah mak kepada Allahyarhamah Roseyatimah. Nama dia Neng Yatimah atau nama betul beliau Buntat Binti Ahmad. Beliau dilahirkan di Singapura dan selalu memegang watak pelakon air mata. Zaman sekarang pelakon semua tak real bila menangis...semua plastik...Matilda bagi pelakon ni 5 stars you...memang hebat. Antara lakonan beliau ialah Nilam(1949) dan Takdir Ilahi (1950)


Lihat lah betapa cantiknyer Sarimah atau nama sebenar beliau Datuk Sarimah Binti Ahmad. Beliau dilahirkan di Pulau Rusa, Pekan, Kuala Pahang. Beliau adalah antara pelakon tercantik dizamannyer. Kalau sekarang lebih kurang macam Maya Karin, Erra Fazira, Pasha Sanda dengan Fazura la...tapi beliau memang cantik...kecantikan beliau tetap maintain sampai sekarang. Antara filem lakonan Sarimah adalah Si Tanggang (1961) dan yang paling popular sampai sekarang ialah filem Ibu Mertuaku (1962) selain Madu Tiga (1964). Beliau pernah dinobatkan sebagai pelakon terbaik pada Festival Filem Malaysia yang ke dua pada tahun 1981.

Pelakon ni agaknyer korang mesti tak kenal kan? Beliau adalah bekas isteri Datuk Jins Samsudin. Nama beliau adalah Rahmah Binti Rahmat, dilahirkan di Singapura. Antara lakonan beliau adalah Hang Tuah(1956), Sumpah Orang Minyak (1958). Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 29 March 1993 di Singapura. Al-Fatehah untuk Allahyarhamah Rahmah Binti Rahmat.


Beliau adalah antara primadona filem melayu. Siapa yang tak kenal Siput Sarawak, ibu kepada Anita Sarawak ini. Nama asal beliau ialah Ramlah Binti Abdullah, dilahirkan di Kuching, Sarawak. Memulakan karier sebagai pelakon dengan membintangi filem pertama beliau bersama P.Ramlee iaitu Cinta (1948), disamping lain2 filem beliau seperti Hang Jebat(1961) dan Hujan Panas(1953). Untuk pengetahuan semua, Siput Sarawak adalah seorang yang buta huruf. Beliau jika diberi watak akan menyuruh seseorang membaca dialog dan beliau akan menghafalnya. Begitu hebatnya primadona ini. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 03 Jun 1999 di Singapura. Al-Fatehah.

Pelakon cantik ini merupakan ikon kepada peminat filem melayu di Singapura. Beliau yang berasal dari Tunsia, Mabnahasadari, Menado, Sulawesi Utara ini adalah pelakon filem2 seram melayu. Macam Maya Karin la. Datuk Maria Menado atau nama sebenarnya Liesbet Dotulog pernah membintangi filem seperti Dendam Pontianak (1957) dan Sumpah Pontianak (1958) dan beliau sekarang menetap Di Bukit Jelutong , Shah Alam


Wajah Allahyarhamah Noormadiah tak asing lagi bagi kita. Gaya lakonannya yang menjadi serta kepandaian beliau beraksi di depan lensa menjadikan beliau pelakon serba boleh. Noormadiah atau nama sebenarnya Edith Sumampo @ Norma Binti Abdullah Dilahirkan di Sulawesi Selatan. Sapa boleh lupa lakonan beliau sebagai ibu tiri yang garang dalam filem Lela Manja (1960). Lakonan beliau cukup berkesan didalam filem tersebut. Lain-lain lakonan beliau yang memberi kesan kepada Matilda ialah Si Tenggang (1961) menjadi ibu miskin(sedih citer ini) dan Semerah Padi (1956) bab beliau di rotan dikhalayak ramai. Untuk Allahyarhamah, Matilda memang salute dan 5 stars Matilda bagi untuk beliau. Lakonan beliau tetap dikenang sehingga kini. Al-Fatehah untuk Allahyarhamah Normah Binti Abdullah.

Roseyatimah atau nama sebenarnya Rosnah Binti Jasni adalah pelakon melayu zaman akhir 50an yang popular di Singapura. Beliau yang dilahirkan di Singapura merupakan isteri kepada pelakon veteren Mustapha Maarof dan anak kepada Neng Yatimah. Antara lakonan beliau adalah seperti Pendekar Bujang Lapuk(1959), Dang Anom (1962) dan Tunang Pak Dukun (1960). Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 14 Disember 1987 akibat kanser. Al-Fatehah


Rosiah Chik, penyanyi lagu2 asli. Siapa tak kenal Allahyarhamah Rosiah Chik atau nama sebenarnya Rosiah Binti Abdullah. Beliau mempunyai suara yang lunak ketika mendendangkan lagu2 asli. Namun beliau telah pergi meninggalkan kita selama2nya pada akhir tahun 2006. Al-Fatehah

Uolls walaupun kita dizaman maju chenggini, Matilda tetap mengkagumi filem2 lama. Bak kata orang takde yang lama maka tiadalah yang baru. So hingga berjumpa lagi. TATA

Pavilion KL

Hi oulsss...hari ni Matilda pergi Pavilion KL....wah cantik gitu dalam dia....kalah Suria KLCC u....tapi dari segi keselamatan Matilda tak berpuas hati la dengan Pavilion KL ni...nantilah Matilda citerkan...tapi hari ni semua pasal Pavilion KL ni.....


Permandangan dari atas pentas tempat peragaan....memang class.....


Gambar dari dekat......lepas ni harus adik2 berangan nak jalan catwalk kat pentas ni....


Tangga dia huh siap letak red carpet panjang tu....sampai pintu luar.....

Adik2 kalau nak try berangan ala Noami ke....mesti nak cubakan jalan kat red carpet ni.....


Hehehehehe...katil idaman Matilda la....mesti empuk kan dapat baring sini.....tak dapat tengok pun jadilah.....


Hikssss...beg ni Matilda suka sangat tengok....macam Klasik sangat........


Wah Uollss tengoklah pintu giant tu...ni kalau letak depan rumah ni....meletopsss


Wah takut ye...tengok kaki ke atas pulak...macam renang berirama pulak......


Pintu masuk Parkson......


Bahagian Kanak2 di Parkson


Permandangan dalam Pavilion KL...cantik dan mmg meletops....


Luas kan uollsss...lagi kelas dari Suria KLCC



Permandangan dari sisi....hehhehehee


Dalam pada penat2 meronda tu...perut pun dah mula lapar...so mula la cari tempat makan...kali ni tempat makan Matilda kat Suzy Corner kat Ampang.(Berdekatan tepi highway MRR2). Makanan dia memang memuaskan....sedap...dan tak le mahal sangat......so Matilda pun order la western food....Matilda amik Sizzling Sirleon Steak....perghhh sedap uollsss tak boleh nak kata....


Ini lah dia makanan yang Matilda order


Hehhehehehe....Sedap uolls...

So kepada kawan2 Matilda yang sesat2 kat KL tu ke...nak cari tempat makan...cubalah Suzy Corner ni.....tak rugi...sedap....Oklah hingga berjumpa lagi diposting akan datang...TATA

Saturday, October 27, 2007

Gambar untuk dikomen

Firstly uolls Matilda nak bawak kawan2 tengok 2 gambar bawah ni....apa yang korang nampak..then komen la.....


Patung dewa2 mana la dorang bubuh ni.....tak sesuwaiiii langsung


Korang mesti dapat teka kan gambar apa ni...korang komen la base pada gambar singa tu....

Thursday, October 25, 2007

Majlis Keraian di tempat kerja

Hi uolls semua. Hari ni Matilda nak citer la pasal majlis meraikan ING Employee Benefit yang Matilda pegi tadi...wah meriah jugak la....seronok...ada pertandingan nyanyian la...mcm2 la...hari ni juga dorang announce kan CEO pertama wanita dalam bidang insurance iaitu Dr Nirmala Menon sebagai CEO ING Malaysia yang baru. So tahun ni Employee Benefits diberi penghargaan untuk meraikan kejayaan tersebut. Dalam sibuk2 tu Matilda rasa macam gelisah semacam je...sebabnyer makanan ni..lambat sangat dorang serve. So bila dah ready, apalagi proses serbu menyerbu pun bermula.

Nilah makanan yang Matilda amik...sedap kan..yummy...

Makanan kedua yang Matilda ambil...hehehehehehe...

Makanan ketiga....opsss nafsu gajah dah menjelma....

Pencuci mulut...kena ada....awajib uollsss......

Hehehe..ni Matilda tak amik...haram uoollsss....tak takut API ke.....

So dalam pada tu suasana kat dalam tu memang riuh...so matilda nak tunjuklah keadaan sekeliling masa Matilda menikmati hidangan "light2" tu...tapi uolsss masa nak amik semua ni...keadaannyer amat mengharukan ......tengoklah macam mana dorang serbu....


Takut tak uolsss...ramai bebonar......

Keadaan dalam Planet Hollywood tu.....

Emmm you uollss nak tahu tak start kul 6..huhahuha.....tup2 dah kul lapan lebih...so memandangkan esok kerja...Matilda pun mengambil keputusan meninggalkan majlis tersebut lebih awal.....emmm janji perut aku kenyang...hheheehheh...oklah jumpa lagi diposting akan datang... TATA

Wednesday, October 24, 2007

Harijadi Kak Nieta yg ke 29...22/10/2007

Hi kekawan semua, apa khabar? Hari ni Matilda nak citer pasal birthday party kak Nieta, kawan Matilda. Dia ni sekarang semakin gebu dan kelihatan jelita sangat.(wah gitu). Hehehe...Matilda datang lewat hari tu...hampir kul sembilan...nasib baik dorang tak potong kek lagi...sempat la tengok kek tu...cantik...

Dalam pada tu adalah gambar2 kandid yang Matilda sempat tangkap....hhehehehe

Majlis memotong kek...badan sapa kah yang sekerat tu?

Gambar Kak Midah- tuan rumah yang keletihan..tapi tetap mantain you!!!


Wah sapakah dua orang jurugambar "pro" tu...yang sorang tu siap pendekkan badan you..konon nakkan gambar tu cantek la...hehehehhe...jgn mare


Wah sapakah wanita ni...pose ala2 pramugari Air Asia lagi...Air Asia ke....Larikkkk

Hehehe keluarga besar kami....wah sapa wanita disebelah kiri tu yek...nampak kepala jer ...siap senget lagi tu...hehehehe....

Cantiknyer gadis yang disebelah kanan tu(barisan hadapan)...sapa lagi kalau bukan akak bedah temi kita...

Gambar senior2 yang garang...

Itulah serba sedikit gambar2 dihari jadi Kak Nieta....best sangat..meriah uoolsss...


Friday, October 12, 2007

berbuka hari terakhir dibulan ramadan

Hari ni Matilda berbuka puasa kat Kluang Station, kat Giant Kinrara. Dah tak ramai berbuka luar, yelah besok nak raya dah. Dalam pada makan2 masa berbuka tu, Matilda terlihat satu keluarga kecik ni. Kenapa Matilda panggil keluarga kecik sebab ada 3 orang jer, Ayah, mak dan anak. Nak tahu tak kenapa Matilda suka tengok dorang? Sebabnya keluarga dorang ni walaupun kecik tapi happy sangat. Ayah dorang pandai buat kelakar. Suka tengok bagaimana dia menceriakan keluarga dia yang kecik tu. Anak dan isteri dia asyik ketawa jer. Matilda kusyuk tengok gelagat dorang. Dalam hati Matilda seronoknyer keluarga ni, walaupun kecik tetap meriah. Ada sesetengah orang berpendapat bahawa keluarga kecik ni membosankan tetapi kalau ketua iaitu ayah dapat mengembirakan ahli keluarganya, kecik macam mana pun tetap meriah. Begitulah kita kalau kita pandai menyesuaikan diri pada sesuatu keadaan.

Okeylah blogger sekalian, Matilda minta diri dulu.

Esok dah raya

Emm semacam tak percaya ramadan dah meninggalkan kita. Matilda sedih sangat sebab entah bila la dapat berpuasa lagi. Harap sangat umur Matilda panjang untuk Matilda menyambut kadatangan ramadan tahun depan. Dulu Matilda tak rasa macam tahun ni. Tahun ni Matilda rasa seronok sangat berpuasa. Sampai sayang sangat nak meninggalkan ramadan.

Hari ni Matilda dapat release awal sebab esok raya. Dapat kuar pukul 1 tengahari. Heheheh seronok. Salam2 opis mate semua dan kuar opis. Ada la dua tiga kerat yang tak cuti lagi. So dikesempatan ini Matilda ingin mengucapkan pada kawan2 blogger semua Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Wednesday, October 10, 2007

Nostalgia raya Matilda

Hi uoolss berjumpa lagi kita hari ni. Hari ni Matilda nak citer sikit pasal suasana hari raya dulu2. Dulu masa zaman Matilda kanak2 ribena dulu, tiba jer raya bukan main mengeletis tahap gaban sekali. Mula la sibuk kacau mak Matilda masak. Ada tu terlalu excited tak tidur sampai pagi. Bila tak tidur esoknya mula la buat hal. Hehehe Kenangan sangat.

Pernah tak korang beraya jalan kaki satu kampung. Panas2 tu, pergi umah orang minum air jerk. kuih tak sentuh ni, nak bukak penutup pun tak nak, sibuk tengok tuan rumah tu bila nak bagi duit raya. Ada tu duduk2 kejap dah nak balik. Yelah nak buat collection duit raya secepat mungkin. Dapat 50 sen bangga macam dapat duit 50 ringgit. Emmm mana mungkin Matilda lupa bila kena kejar lembu masa nak beraya. Mencicit lari, ada tu silap tahan bas la, ada satu kes tu tetiba lak nak 'melepas' kat umah yang kita nak raya tu. Hehehe...

Tapi sekarang dah tak macam dulu, sekarang budak2 dah takde sangat suasana macam Matilda kecik2 dulu. Sekarang dah moden. Dah jarang tengok budak2 datang umah nak beraya. Ada pun berapa kerat je. Kampung Matilda pun dah nak pupus. Penuh rumah teres. Suasana dah tak macam dulu. Baru2 ni Matilda ada balik kampung jap, tengok sekitarnya dah macam dikelilingi batu. Umah Matilda lama kat tengah2. Dah macam zoo lak. Hheheheheh

Apapun kawan2 kalau ada plan this year nak raya mana ajak la Matilda sekali yerk. Sampai jumpa lagi. Tata

Saturday, October 6, 2007

Alahai...Matilda

Hari Matilda nak citer pasal satu citer yang Matilda pernah alami. Bukan nak meraih simpati atau apa tapi Matilda harap citer ini akan menjadi panduan kepada bakal kawan2 yang akan mengalaminya. Citernyer begini, Matilda dilahirkan cukup sifat ada mum and dad, tetapi hubungan mereka tidak kekal. So parent Matilda broke up dan bawa haluan memasing. So Matilda dibesarkan dikampung dengan suasana yang amat menyeronokkan. Sehinggalah satu kenangan pahit yang Matilda tak boleh lupa bila satu persatu orang amat Matilda sayangi tiada. Bermula dengan my grandpa then grandma sehinggalah kepada my mum. Semuanya pergi meninggalkan Matilda...so Matilda takda sapa nak mengadu melainkan sedara mara dan 2 orang abang Matilda. Tetapi harapan tinggal harapan, saudara yang diharap membantu tidak datang atau ambil tahu akan kehidupan Matilda sehinggalah suatu hari Saudara yang dianggap seperti parent Matilda telah memburuk2kan Matilda dan abang2 Matilda. So Matilda menjadi marah dan meronta. Dalam pada itu Matilda juga amat marah dgn abng2 Matilda yang tidak mahu membetulkan diri menjadi orang yang lebih berguna. Nasib baik Matilda ada kawan2 yg sudi membantu. Takkan Matilda lupa jasa mereka seperti Rizan, Iskan,Nain dan Dann. Mereka sungguh baik terhadap Matilda.

Dijadikan cerita my 1st brother tu kawen muda. Dalam hati Matilda takkan la tak tahu kita dah la tinggal 3 bersaudara sepatutnya abang sulung kena mengalah untuk jaga adik2 dibawah, tetapi tidak pada abang sulung Matilda. Bayangkan dia kawen pada usia 25 tahun. setahun my mum tiada. So Matilda tak boleh cakap apa sebab itu diri dia dan wedding dia pun meriah. Episode dpt kakak ipar ni kadangkala membuatkan orang menyampah. Kak Ipar Matilda ini berkira sikit. Ada satu peristiwa yang Matilda akan ingat sampai mati, iaitu semasa bulan puasa. Ada ke patut Abg Matilda dan kak ipar boleh berbuka diluar tanpa tinggalkan apa2 utk dimakan. Dorang tahu Matilda ada dirumah tapi dorang tak bagi tau awal2. Matilda menjadi marah sangat. Tapi dah itu dorang punya keputusan dan Matilda pun terima la seadanya.

Tuhan tu maha kaya. Abang Matilda kawen awal pun takde anak, setelah 7 tahun baru ada. So pada abg2 sulung atau kakak2 sulung yg dah takde mak bapak atau ada bapak tapi tak bertanggungjawab, jgn la nak lepaskan diri dgn tinggalkan adik2 korang semua. Tak berkat, Sepatutnya dorang kena berkorban bagi adik2 selesa dulu dan boleh berdikari then nak kawen, kawen la.

Nak dijadikan citer juga abang kedua Matilda jugak tak sedar akan statusnya sebagai anak yang takde parent. Dia main belasah je. Isap syabulah. Then ajak kawan dia reramai lepak kat umah. Rimas Matilda dibuatnya. Bukan apa, dah masa tu Matilda penat kerja part time kat shopping complex, belajar lagi, dia leh buat muka poyo dia bawak kawan. Akhirnya Matilda lari tinggalkan rumah pusaka tu.

Selepas tu Matilda menumpang dirumah Rizan. Mak Rizan baik sgt. Memang Matilda terhutang budi pada parent dia. Takkan Matilda lupa jasa mereka sampai mati. kat sini Matilda belajar hidup berdikari. Semuanya berjalan lancar.

Ada sesuatu yang membuatkan Matilda menjadi lain dari Matilda yang dulu. Matilda telah menjumpai orang yang membuatkan Matilda mengenali dunia ini dengan seluasnya. Disini Matilda nak jelaskan pada kawan2 Matilda. Matilda tinggalkan dorang bukan Matilda lupa atau menjadi kacang lupakan kulit, tetapi Matilda perlu mendapatkan sesuatu dalam diri Matilda. Matilda takde sapa untuk diaturkan perjalanan hidup Matilda melainkan diri sendiri. Semua pakai duit sendiri, takde bantuan, takde subsidi. Perit sungguh masa tu cari duit nak belajar. So Matilda belajar balik, Mula2 Matilda masuk course persediaan kat UiTM dan amik Diploma in Accountancy, tetapi Matilda sangkut. Then Matilda tak patah semangat dan amik course kat OUM dan akhirnya Matilda mendapat sesuatu yang Matilda rasa dapat membantu karier kerja Matilda. Matilda lulus Sarjana Muda Pengurusan dengan Kepujian dalam Pengurusan Sumber Manusia. Dan itulah kenangan manis Matilda sampai bila2.

Kini Matilda akan melangkah lagi dan terus melangkah memperbaiki diri. Biarlah orang nak kata apa kat kita asalkan kita tahu apa yang kita buat. Matilda akan terus belajar dan belajar. Bila dah berjaya sikit barulah abang2 Matilda bukak mata sikit bahawa adik dorang ini mampu hidup berdikari tanpa menyusahkan orang lain. Matilda puas sangat dengan usaha ni, dan Matilda harap dan berdoa agar Matilda akan berjaya dan berjaya suatu hari nanti.

P/S: Moral of the story yang Matilda nak sampaikan ialah janganlah kita mengharapkan apa2 dari adik beradik kita bila parent kita dah takde. Kekadang mereka tak tahu erti kekeluargaan ini dan bila dorang tahu kita ni ponen, drag queen ke, gay ke or lesbian lagi mereka akan sisihkan kita. Sementara parent kita ada ini, kita kena beringat, simpan duit dan buatlah perancangan agar kita tak menjadi peminta sedekah atau menjadi orang yang loser bila parent kita dah takda nanti.

oklah...jumpa lagi diposting yang akan datang. Tata

Friday, October 5, 2007

Cerita Hari ini

Hi semua, welcome to my blog. 1st time posting ni. Sempena bulan pose yg mulia ni, nak habaq sikit la, pasai kawan2 Matilda ni...lama tak jumpa. Macam mana la dorang semua. Tetiba teringat lak. Hehehe...Raya tahun ni Matilda raya kat KL jer. Yelah tahun ni ekonomi Matilda tak kukuh sangat macam tahun2 lalu. Semenjak Matilda tukaq kerja ni...cam hampeh je kompeni tu...nama jer ga..tapi mcm hampeh kelapa. So moral of story yang Matilda dapat, jangan tukaq kerja terburu2...jadikan ini pengajaran buat Matilda. Tambahan pulak bos Matilda ni memang garang. Tapi dia bukannyer bos besaq pun. Siap bagi warning kat Matilda..Takut...tengoklah uolls macam tu la muka dia bila marah. Matilda bosan sangat.

Do your work...our TAT must done in 3 days

Ha you uolss macam mana Matilda tak bengkak hati. Matilda baru jerk kerja situ..muka dah garang ala2 singa ...Matilda tension sangat. Hari2 benda yang sama dia ulang. Nyampah betul. Kalau la Matilda ada kuasa nak jer sumpah dia jadi mangkuk jamban. Baru puas hati.

Oklh uolls, tulis panjang2 nanti takde lak org baca. Jumpa lagi pada posting akan datang.