Monday, December 22, 2008

Puchong ? Carrefour ?


Entry giler mek hari ni ialah "bilalah Carrefour nak bukak kat Puchong. Seperti sedia maklum, kat Puchong ni dah ada Tesco, Giant, OTK, Jusco dan akan dibuka Hero hypermart, tapi mek pelik kenapa Carrefour tak nak melabur buat cawangan hypermart dia kat Puchong. Mek difahamkan bahawa penduduk Puchong dah menceceah 250,000 dan pelbagai projek sedang rancak dijalankan..tetapi kelibat Carrrefour masih lagi samar kat Puchong ni...mengapa ni terjadi...mek bukan apa mek suke sangat makan Carlifornia roll dia tu. Ni kalau mek mengidam nak makan pergi ler Subang Jaya...dah la jem...paling jauh pun Putrajaya. Emmm pihak pengurusan Carrefour kena bertindak agresif..yelah kan kalau giant leh bukak sampai 2 cawangan kat sini, tecso lak semakin hari semakin berdaya maju...takkan Carrefour tak nak celah bagi sikit persaingan sihat. Untuk itu mek cadangankan kawasan yang strategik ialah Bandar Bukit Puchong atau Putra Perdana, sebab kawasan tu nanti ada lebuhraya lembah klang selatan, dan penduduk la mek rasa adalah dalam 50,000 orang. Kawasan perumahan yang berhampiran lak seperti Bandar Nusaputra, Desa Air Hitam, Bukit Puchong 2, Putra Perdana, Taman Tasik Puchong, Puchong Utama, Putra Impiana, Putra Prima, Meranti Jaya, Taman Putra, Taman Mas dan Aman Putra. Ditambah lak kalau highway tu siap nanti pasti "boom" la Carrefour nanti. Kalau nak wat buat kat tepi highway macam Tesco. Perghhh....tak ke untung Carrefour oiiii....wah emo lak macam la Carrefour tu mek punya....alahai