Sunday, November 30, 2008

Syarikat Telekomunikasi pilihan Mek!!!

Hehehe arini mek nak citer sket la pasal syarikat telekomunikasi pilihan mek.....antara yang mek loyal sangat dari dulu hingga kini ialah

MAXIS 012,017 and 014
Head Office-KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur





Mek bukan apa uollss...mek rasa Maxis (Postpaid) atau hotlink (Prepaid) ni is the best rangkaian yang mek pernah pakai....dah la murah...active 10 dia tak pening nak letak..senang nak capai...dapat bonus sms lagi untuk Hotlink...number pun sedap....tambahan lak kalau selalu top-up dapat bonus ait-time RM10 la....memang puas hati uolsss pakai...sapa tak pakai rugi uolss..terutama dikawasan urban...mek pakai number hotlink...ada 2 lagi...ni promote ni....Maxis/Hotlink tak reti2 ke bagi mek credit lebih untuk ini...hehehehehe


Celcom 013, 019 and 014
Head Office, Jalan Raja Muda Musa, Kuala Lumpur






Rangkaian kedua pilihan mek ialah Celcom. Celcom ni noksss mmg ler mahal sket kadar panggilan dia...tapi coverage dia leh sampai kat kg mek kat Jelebu tu...padahal gunung ganang tu..semua operator nan ado katanya but Celcom ade...perghhhh...tak ke best bila tgk adik2 mek, abang2 mek tercari2 coverage sedangkan mek, ayah ngan mak mek seronok coz kitaorg pakai Celcom dapat line clear...mek rasa tak rugi mek ade number ni...yelah untuk kecemasan....tak gittew.....hehehehhe...so kepada pepeksss2 sekalian kalau nak gi kg ulu2 ke bertukar la sekejap pada Celcom...uolsss tak rugi....lagipun jantan kampung kan meletups...leh la bertukar2 number.....nampak sluts kan.....


Digi Telecomunications, 016 and 014
Head Office, Subang Hi-Tech Industrial Park, Shah Alam, Selangor





Digi ni oklah bagi mek noksss...yelah bukan apa mek cuma suka iklan dia jer yang bagi mek so creative and innovative gittew.....line not so bad la.....oklah....mek ade guna prepaid dia...baru beli semalam nokss.....heehehehe...tapi sayang Digi takde 3G....tu yang mek kesal tu....kalau tak mesti meletopssss....emmm tapi ni brand overseas uolsss....ala dulu under Berjaya Group then dorang jual pada Norway....hehehehehe macam Giants la......not so Malaysian la....(heheheh hotmama jgn mara)......


UMobile, 018
Head Office, Subang Hi-Tech Industrial Park, Shah Alam, Selangor



Emmm rangkaian ni mek was-was sket....tengoklah kalau mek rasa yakin mek akan cuba kot....sebab ni under Berjaya Group...still baru ler.....tengokla lagi 2-3 tahun...

Kepada pepeksss2 semua tu hanyalah pandangan mek....so uolsss semua jangan ade yang sentap lak bile mek kutuk rangkaian yang uolsss suke.....

Saturday, November 29, 2008

Insurance Pilihan Mek

Uollsss di bawah ni adalah brand insurance yang mek percayai dan mek ingin sekali nak beli insurance bagi setiap brand di bawah ni








Tapi apakan daya mek tak berwang...heheheheheh...cukup2 makan jer ma.....

Friday, November 28, 2008

Negara Pilihan Sekiranyer Mek Migrate

Hehehe...topic kali ni ialah kalau mek migrate mek akan memilin beberapa negara yang memang dah ada dalam senarai mek. Manalah tahu kan sempena tahun baru ni Tuhan nak murahkan rezeki mek dapat migrate ke. Huh seronoknyer....Negara dan tempat pilihan mek ialah:-

Pertama; Malaga, Andalusia , Spain


Malaga

Wah Malaga ni memang chantek uolsss....ni adalah sebuah bandar islam semasa zaman kerajaan islam Andalusia sehinggalah ianya dirampas oleh kerajaan Katolik Spain. Bandar ini dahulu kalanya merupakan salah satu pusat pentadbiran kerajaan Andalusia. Mek kalau dapat duduk sini...mek semacam bangga lak sebab bandar ini dibangunkan oleh orang Islam dan merupakan bandar Islam terakhir yang berkubur. Mek nak bawak semua orang Islam duduk kat sini balik...kalau boleh la...tapi ade aku kesah ke kalau korang kata mek ni gile ke.... Bandar ini uolls didiami oleh lebih 400 ribu penduduk. Ada beberapa masjid, Hindu temple dengan Buddha Stupa kat sini. Kira multi racial and religion la ni....kelassss.....

Kedua; Vancouver, British Columbia, Kanada



Vancouver

Uollsss Ya Ampun....bandar ni mek suke sangat. Dah la banyak orang Asia dok sini...ditambah lak bandar dia cantik dengan laut kebiruan dia buat mek angau uollsss...Vancouver ni penduduk dia adalah dalam 615 ribu orang. Hampir 1/2 penduduk dia orang Asia. Hah kan senang, mesti takde masalah racist kat sini. Tengoklah uolsss dalam gambar tu....indah kan Vancouver ni...

Ketiga; Seattle, Washington, United States of America


Seattle

Noksss tengoklah tempat ketiga pilihan mek ni....bandar ni dekat jer ngan Vancouver. Bandar ni mempunyai penduduk dalam lingkungan 500 ribu orang. hehehe...sini pun banyak orang Asia tinggal..bandar ni gak asal Sanjaya Malakar tinggal...hehheheh...apapun nokss sekalian bandar ni memang kelassss...penduduk tak ramai tapi semua facilities ada....tak la macam KL...hehehhehehe

Keempat;Perth, Western Australia, Australia



Perth

Uollsss Perth ni uollss bebas Jem ye...bandar dia tenang jer...taklah macam bandar2 kat Asia hiruk pikuk. Mek suke Perth ni sebab dia bandar moden. Makanan pun not bad. Ada seafood, semua ade...then ramai muslim tinggal sini...bandar ni mempunyai penduduk dalam lingkungan 900 ribu jer...so tak sesak sangat la kan. Luas bandaraya ni lebih kurang 2400 km persegi...huh...merembes kalau dapat umah kat sini.


Kelima; Hobart, Tasmania, Australia



Hobart

Uollss bandar ni uolls bandar kalau mek pencen nanti...penduduk dia adalah seramai 200 ribu orang. Iklim dia 4 musim. Bandar ni masih menghijau dan amat sesuai memulakan hidup baru...Nokss...kat sini ada gunung Wellington...leh ler pepeks2 semua bercamping kan...hehheheheehehe..

Anyway ni la negara, bandar dan tempat yang mek nak migrate kalau diberi peluang. Bukan apa takkan nak terperuk dalam negara jer kan...sedangkan Nabi Muhammad pun galakkan umatnya berhijrah....apapun hope my dream come true...



Thursday, November 27, 2008

Nenek dan Misteri Nusantara

Mek baru-baru ni telah kehilangan nenek tersayang akibat sakit tua. Nenek mek ni semasa hayat dia amat rajin beribadah dan suka bersedekah, sampaikan di saat2 nenek sakit masih sempat berpesan supaya kita ni jangan kedekut dan sentiasalah bersedekah. Bayangkan masa sakit menyambung nyawa pun masih teringat nak bersolat. Walaupun berbaring. I am so proud to have a grandma like u nenek.

Berbalik kepada misteri nusantara ni, kebetulan nenek mek sakit kat umah makcik mek kat kajang. Dah 2 hari nenek seperti dirasuk sehingga la seorang ustaz datang berubat. Ustaz tu kata ada something dalam badan nenek (maksudnyer ada orang masukkan benda2 tak baik dalam badan nenek). Setiap kali membaca yassin nenek akan meracau2. Ustaz tu bagi air jampi suruh kami mandikan nenek. Then bila kami mandikan nenek, tiba2 nenek menjadi lemah. Setiap kali baca yassin nenek meracau2. Pegang kaki nenek menjerit. Sehinggala pada malam Isnin, Ustaz dari Siam telah berjaya menemui sesuatu yang kami sendiri tak sangka. Seorang wanita bertudung litup telah mendajalkan nenek. Wanita tersebut telah melakukan syirik dengan membuat ilmu hitam terhadap umah makcik mek. Ustaz tersebut telah menemukan kami suatu benda yang ditanam didepan umah. Kain orang mati, paku, benda2 kotor ditemui. Mek xde masa tu coz mek kerja...so sesiapa anak perempuan nenek disuruh kencing atas benda tu dan benda tu dibuang kedalam sungai.

Sepanjang nenek sakit berbagai perkara pelik berlaku seperti bunyi orang lari ditingkat atas. Bayang2 wanita bertudung di depan rumah. Budak kecik meludah didalam umah, sehingga ada yang menyerupai cousin mek!!!!! Actually umah makcik mek ni dah lama ditinggalkan...yelah umah besar bilik 7, bilik air 7...so bilik kena lama tinggal benda2 setan ni suka hinggap. Tambahan pula perempuan bertudung tu buat jahat tanam benda2 depan umah so benda tu bertambah suka. Perempuan tu actually suka tapak umah tu sebab tanah luas dan di atas bukit. So benda2 setan dan syirik ni ditanam setan akan suka.

Jiran sekeliling semua takut bila lalu rumah ni....kata dorang ada nampak benda putih terbang atas bumbung banglo tu la...ada budak kecik nangis. Padahal umah tu kosong....huh...berdiri bulu roma mek citer.....

Apapun nenek mek telah selamat kerahmatullah....semoga roh nenek akan tenang dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Mek terharu masa cium nenek kali terakhir...wajah nenek cukup tenang. Bersih dan seolah2 sedang tidur....mek akan sentiasa mengingati nenek bersama detik2 yang lalu...Al-Fatehah...