Monday, November 28, 2011

Zefer Hill Residence @ Puchong Jaya

Hari ni mak jalan2 la sekitar Giant Bandar Puteri, tetiba mak tertarik dengan satu projek baru under Villa Mas ni. Menurut kata salesgirl tu, projek ini belum dilancarkan lagi. Tapi kalau korang nak lebih lanjut leh la mendaftarkan nama korang kat link ni.


Sales office dia kat Bandar Kinrara

No.35,Jalan BK5A/3A
Bandar Kinrara
47180 Puchong
Selangor or call 03-8076 7606

Bawah ni sedikit info yang mengenai projek ni

Alamat : Puchong Jaya
Jenis hartanah : Kondominium
Title Tanah : Kediaman
Pegangan : Bebas
Luas kawasan : 5.768 ekar
Luas Unit : 1,356 kaki persegi sehingga 2139 kaki persegi
Jumlah Unit : 346
Diskaun Bumi : 7%
Tarikh Siap : Januari 2015 (dianggarkan)

Kemudahan
  • Kolam Renang
  • Kid Pool
  • Jakuzzi
  • Taman permainan kanak-kanak
  • BBQ station
  • Bilik Gimnasium
  • Sauna
  • Squash Court
  • Badminton Court
  • Pejabat Management
  • Surau
  • Gentian optik tersedia
  • Nursery
  • Laundrette
  • Kedai serbaguna
  • Salon
  • Observation deck di Blok 1 dan 2
  • Keselamatan sekuriti sebanyak 3 kali dengan pengawal,CCTV
  • Ada Interest skim subsidi - Early Bird-2%+Bumi Diskaun 7%
  • Bukan Bumi pula Early Bird-2%+Diskaun 5%.
Berminat? daftar la untuk pra-perlancaran di http://www.zefer.com.my/


The Whaft Residences @ Tasik Prima

Projek terbaru Bolton berhad di Tasik Prima Puchong.

Sila baca petikan di bawah mengenai projek ni.

From the Quarterly Financial Report of Bolton:

The Wharf which is located on a 15-acre site in Taman Tasik Prima Puchong, is a mixed commercial development comprising serviced apartments, showroom offices and a retail mall is planned to be a "Neighbourhood Lifestyle Destination". Following on the success of Bizwalk, the 32 units 3-storey showroom offices which were launched late last year and fully sold, the management plans to launch the specially-designed Flexi Suites, a versatile "2-in-1" 32 units 2-storey commercial offering built on top of the Bizwalk showroom offices.

The first of the three blocks of serviced apartments called the "The Wharf Residence" was launched on 12 November 2011, with 70% of the units already sold before its official launch event. The sales for the second tower will be launched in January 2012. Together with the retail mall which has a Gross Floor Area ("GFA") of 506,510 sqft and 1,296 car park bays, The Wharf has a GDV of RM 500 million. In May this year, The Wharf won the "Highly Commended" award at the Asia Pacific Property Awards 2011 in conjunction with Bloomberg Television in the Mixed Use category for Malaysia.

Management also plans to launch the last phase of landed properties in Taman Tasik Prima Puchong comprising of 4 units semi-detached homes and 58 units of townhouses with an estimated GDV of RM40 million in the current financial year.


user posted image

Condominium : The Wharf Taman Tasik Prima, , Puchong



Koi Prima Kondominium

Projek baru yang harus dimanafaatkan bagi yang ingin melabur di Puchong.


Saturday, November 26, 2011

Akhirnya Tesco bukak di Bukit Puchong

Wah x sangka semakin banyak hypermarket berani bukak kat kawasan selatan puchong ni, Bermuka dari Carrefour dan sekarang Tesco, mek pasti la akan BOOM la kawasan ni. Cerita terbaru mek dengar Mydin nak bukak kat Bandar Saujana Putra, tapi agak jauh la dari Puchong, maybe Mydin sasarkan pasaran dia pada penduduk Bandar Saujana Putra sahaja. Dalam pada tu mek tertanya-tanya jugak la, Giant x nak ke bukak kat selatan Puchong ini, dengar citer kat Bandar Nusaputra ada plot tanah yang khas untuk hypermarket di kawasan komersialnya. Tapi mek tak pasti la benar ke citer tu. Kalau mana2 Hypermarket bukak kat situ la, mmg untung ler, dah la dekat ngan Cyberjaya, dekat lak ngan Taman Sains Selangor 2, Bandar Eco Glades SP Setia, then dekat lak ngan kawasan sekitarnya seperti D'Island, Lake Residence, Amanputra, Putra Perdana, Pulau Meranti/Bukit Puchong 2, mek rasa hypermarket tu akan mendapat sambutan tu..sekarang ni memang x nampak, but jangka masa panjang, kawasan ni boleh cecah penduduk sampai 75 ribu...kalau semua projek tu siap.....but tunggu dan lihat sahaja, mak yakin dalam masa 4-5 bulan ini akan ada Hypermarket nak bukak cawangan nya kat situ. Wait and See ya...hehehehe...

AEON Jusco di Meranti Jaya Puchong

Erkk betul ke berita ni. Mek rasa mcm x percaya. Tapi kalau jadi memang best la...mesti kawasan puchong selatan akan mendapat banyak manafaatnya. :)

Puchong Perlu Rumah Mampu Milik

Mek rasa terpanggil nak menulis blog x seberapa fofuler ni....bukan apa..mek merasakan perlunya tanggungjawab mek untuk memberikan pendapat berkenaan rumah mampu milik ni. Seperti kita sedia maklum bahawa kawasan Puchong ini membangun dengan amat pesat sekali. Rumah baru tumbuh macam cendawan, malah setiap 3 bulan pasti ada projek baru akan dilancarkan. Namun ada kekurangan yang ketara sangat dan agak bias bagi mereka yang ingin memiliki rumah kat Puchong ini tapi tidak mampu oleh kerana harga yang melambung2. Oleh itu mek berharap sangat kerajaan Selangor mahupun Persekutuan menyediakan rumah mampu milik ini terutamanya di Puchong memandangkan fasiliti yang lengkap dan dengan adanya Sambungan LRT nanti akan memberikan faedah kepada penduduk yang berpendapatan sederhana dan kebawah. Jesteru, rumah mampu milik berharga RM120k-160k amat diperlukan bagi pembeli pertama yang ingin memiliki aset dikawasan prima seperti Puchong. Mek perasan gak kalau umah mampu milik kekadang gomen ni sajer buat jauh2. Mcm kat Kuala Selangor la, Ijok la, Rasa la, Antara Gapi la...persoalannya, kenapa perlu jauh sedangkan penduduk lembah kelang ni perlukan rumah yang hampir dengan fasiliti dan tempat kerja. Mek haraplah kerajaan Selangor mahupun persekutuan memandang kes ini dengan serius. PRU13 pun dah hampir, bantu la rakyat yang memerlukan rumah ini. Masih ramai diluar sana inginkan rumah sendiri.

Sekian posting mek.....

Sunday, May 22, 2011

Hypermarket dan Puchong

Sejak kebelakangan ini banyak hypermarket tumbuh bagai cendawan di Puchong. Yang terbaru Carrefour. Ingat x entry mak dulu pasal Carrefour bila la nak bukak kat Puchong. Tup2 akhirnya depa bukak jugak. Sekarang ni penduduk Puchong ada la option sikit untuk berbelanja selain Tesco dan Giant. Cuma dalam banyak2 Hypermarket ini cuma Mydin jer yang x bukak hypermarket dia kat Puchong. Yang ada cuma MyMydin yang tubuh bagai cendawan. Mak bukan apa alang2 bukak My Mydin banyak2 apa la salahnya Mydin melabur terus buka Hypermarket besar kat Puchong. So bila dah bukak Hypermarket banyak la parking dan peluang berbelanja akan menjadi lebih seronok.

Apapun sekadar pandangan sahaja.

Lebuhraya Lembah Klang Selatan

Last 2 week mak ada lalu la highway baru Lembah Klang Selatan tu dari Kajang terus ke Bandar Saujana Putra. Tapi mak agak pelik sepanjang2 lebuhraya itu, takde pun persimpangan dibuat baik di Bandar Bukit Puchong mahupun Putra Perdana Puchong. Jadi mak tertanya2 la...kalau la mak duduk di dua kawasan perumahan ni memang la mak tak akan masuk lebuhraya SKVE ni..bukan apa..takkan la mak nak elak jam kat LDP tu...mak sanggup bayar 2 tol. Satu tol Bandar Saujana Putra...pastu masuk lak Elite bayar lagi satu tol...x ke namanya bongok tu...jadi mak tak nak point sesiapa la...bagi mak kalau betul2 SKVE nak berdaya maju, bukak la persimpangan sama ada di Bukit Puchong or Putra Perdana, so orang ada option nak elak LDP yang jam tu lebih2 lagi diwaktu puncak....sekadar memberi cadangan sahaja untuk pelaburan masa depan.

Sekian jer la celotoh mak...see u later...

Sunday, July 25, 2010

Akhirnya mak dah ada rumah.

Sungguh mek x sangka akhirnya mek dah ada rumah uolsss....walaupun hanya apartment tapi mek rasa sungguh puas...hasil titik peluh mek bekerja dan hasil kesabaran mek akhirnya mek mendapat rumah idaman. Sungguh ku tak percaya. Apapun harap mek dapatlah pindah sebelum raya. Mudah2an

Yehaa Carrefour Puchong dalam pembinaan

Terlebih dahulu mek berasa amat bertuah la sebab akhirnya impian mek nak melihat Carrefour di Puchong menjadi kenyataan. Agaknyer mesti ada pihak management Carrefour ada membaca cadangan mek kot...hehehehe...at last ok...Puchong ada gak Carrefour. Mek dengar citer sebelum Christmas depa nak siapkan ...apapun mek tetap x sabar nak melihat progressnyer...

Saturday, June 13, 2009

Alor Setar With Love (love ke?)

Hehehehe...Aku berada di Alor Star katanyer with love lagi....yelah nak menghadiri majlis katanyer...Actually Alor Star ni besar dia macam Kajang jer....cuma sini mana2 uolsss akan jumpa banyak Masjid. Terlalu banyak sangat untuk bandar yang mempunyai populasi 219,000 ribu. Entah la...dunia akhir zaman katanyer....banyak masjid tapi jemaah kurang....cuma hiasan sahaja...hehehhe...ok la tak nak sentuh bab agama ni sebab mek pun x la arif sangat.

Oklah berbalik pada Alor Star ni, semalam mek pergila ke menara Alor Star ni..dari kejauhan cantik sgt...but bila pergi...mek speechless....sedih sgt menara ni...macam tak dijaga....emmm tak tahu la apa pihak berkuasa buat...lepas tu tak de langsung signboard menunjukkan tempat bersejarah ke...mek terpingga uuolssss ..patutlah Alor Star takde dalam peta pelancongan...sebab kerajaan negeri sibuk promosi Langkawi padahal Alor Star ni dah berusia 274 tahun uollss...very the bersejarah...tak tahu mana silapnya mek pun tak tahu....patutnya kerajaan negeri kena juga promosikan Alor Star ni...tempat makan pun takde yang menarik maksudnya tak tahu mana tempat makan yang best ke...sedeyyyyyy...

So hari ni mek nak ronda outside Alor Star plak...nak tengok lak kawasan lain...mek akan bagi rating after mek balik KL...heheheh

Sunday, June 7, 2009

Rumah Baru atau Rumah second hand

Mek betul2 pening pasal title kat atas tu....yelah mek bukannya muda lagi dah hampir kertu....rumah masih lagi tak dapat beli...katanya nak duk dalam KL yelah senang nak kuar....but rumah kat area KL harganya semuanya lakhanat sangat. Lebih2 lagi harga kat PUTRA VILLA CONDO tu....agent dia banyak sangat makan duit HARAM. Ade ke patut CONDO yang tah apa2 tu dia jual dalam range RM255k keatas. Dah la pernah terbengkalai selama 2 tahun. Rumah dia dah la kecik 1066 kaki persegi jer...lantai dgn siling dekat sgt...panas kat dalam rumah tu macam dalam sauna....still gak nak jual RM255k...alasan dekat putra LRT ma....KLCC view ma....tah mana2 KLCC view tah...mek tengoklah kat tepi kat atas....ya Ampun KLCC view dia nampak KLCC ciput jer. So mek tak puas hati then tanya la ngan orang2 kat situ...dorang kata rumah yang mek tengok tu masa jual harga dia RM166k jer....sundal kan agent tu naikkan sampai 50% dari harga asal. Design CONDO tu sedeyyyy and azab sgt....dah la bilik kecik....bilik air lak tak kelas....nak jual mahal. Agent2 cina ni sajer jer tau nak jual dalam range harga mcm tu...kalau CONDO tu kelas macam VILLA WANGSAMAS CONDO ok la gak...ni azab. So yahudi tau...

So mek dah lupus kan niat mek nak beli umah kat PUTRA VILLA CONDO tu..so mek carilah umah kat PV5 n PV3. Huh umah dia cantik gaks...ada 4 bilik uollsss..mek suke sangat....leh la kalau ada majlis senang....hehehehe...Umah tak la besar tapi LAGI HEBAT DARI PUTRA VILLA CONDO tu.....semua ada kat situ.....so mek sekarang dalam dilema sebab umah tu cantik....luas pulak tu 1272 kaki persegi. Harga RM265k...so kira ok la....tapi mek tgh berfikir ni....kalau ada yang berpengalaman dalam beli umah mek harap sangat nasihat Uolsss untuk mek ni...

Monday, December 22, 2008

Puchong ? Carrefour ?


Entry giler mek hari ni ialah "bilalah Carrefour nak bukak kat Puchong. Seperti sedia maklum, kat Puchong ni dah ada Tesco, Giant, OTK, Jusco dan akan dibuka Hero hypermart, tapi mek pelik kenapa Carrefour tak nak melabur buat cawangan hypermart dia kat Puchong. Mek difahamkan bahawa penduduk Puchong dah menceceah 250,000 dan pelbagai projek sedang rancak dijalankan..tetapi kelibat Carrrefour masih lagi samar kat Puchong ni...mengapa ni terjadi...mek bukan apa mek suke sangat makan Carlifornia roll dia tu. Ni kalau mek mengidam nak makan pergi ler Subang Jaya...dah la jem...paling jauh pun Putrajaya. Emmm pihak pengurusan Carrefour kena bertindak agresif..yelah kan kalau giant leh bukak sampai 2 cawangan kat sini, tecso lak semakin hari semakin berdaya maju...takkan Carrefour tak nak celah bagi sikit persaingan sihat. Untuk itu mek cadangankan kawasan yang strategik ialah Bandar Bukit Puchong atau Putra Perdana, sebab kawasan tu nanti ada lebuhraya lembah klang selatan, dan penduduk la mek rasa adalah dalam 50,000 orang. Kawasan perumahan yang berhampiran lak seperti Bandar Nusaputra, Desa Air Hitam, Bukit Puchong 2, Putra Perdana, Taman Tasik Puchong, Puchong Utama, Putra Impiana, Putra Prima, Meranti Jaya, Taman Putra, Taman Mas dan Aman Putra. Ditambah lak kalau highway tu siap nanti pasti "boom" la Carrefour nanti. Kalau nak wat buat kat tepi highway macam Tesco. Perghhh....tak ke untung Carrefour oiiii....wah emo lak macam la Carrefour tu mek punya....alahai

Sunday, November 30, 2008

Syarikat Telekomunikasi pilihan Mek!!!

Hehehe arini mek nak citer sket la pasal syarikat telekomunikasi pilihan mek.....antara yang mek loyal sangat dari dulu hingga kini ialah

MAXIS 012,017 and 014
Head Office-KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur





Mek bukan apa uollss...mek rasa Maxis (Postpaid) atau hotlink (Prepaid) ni is the best rangkaian yang mek pernah pakai....dah la murah...active 10 dia tak pening nak letak..senang nak capai...dapat bonus sms lagi untuk Hotlink...number pun sedap....tambahan lak kalau selalu top-up dapat bonus ait-time RM10 la....memang puas hati uolsss pakai...sapa tak pakai rugi uolss..terutama dikawasan urban...mek pakai number hotlink...ada 2 lagi...ni promote ni....Maxis/Hotlink tak reti2 ke bagi mek credit lebih untuk ini...hehehehehe


Celcom 013, 019 and 014
Head Office, Jalan Raja Muda Musa, Kuala Lumpur






Rangkaian kedua pilihan mek ialah Celcom. Celcom ni noksss mmg ler mahal sket kadar panggilan dia...tapi coverage dia leh sampai kat kg mek kat Jelebu tu...padahal gunung ganang tu..semua operator nan ado katanya but Celcom ade...perghhhh...tak ke best bila tgk adik2 mek, abang2 mek tercari2 coverage sedangkan mek, ayah ngan mak mek seronok coz kitaorg pakai Celcom dapat line clear...mek rasa tak rugi mek ade number ni...yelah untuk kecemasan....tak gittew.....hehehehhe...so kepada pepeksss2 sekalian kalau nak gi kg ulu2 ke bertukar la sekejap pada Celcom...uolsss tak rugi....lagipun jantan kampung kan meletups...leh la bertukar2 number.....nampak sluts kan.....


Digi Telecomunications, 016 and 014
Head Office, Subang Hi-Tech Industrial Park, Shah Alam, Selangor





Digi ni oklah bagi mek noksss...yelah bukan apa mek cuma suka iklan dia jer yang bagi mek so creative and innovative gittew.....line not so bad la.....oklah....mek ade guna prepaid dia...baru beli semalam nokss.....heehehehe...tapi sayang Digi takde 3G....tu yang mek kesal tu....kalau tak mesti meletopssss....emmm tapi ni brand overseas uolsss....ala dulu under Berjaya Group then dorang jual pada Norway....hehehehehe macam Giants la......not so Malaysian la....(heheheh hotmama jgn mara)......


UMobile, 018
Head Office, Subang Hi-Tech Industrial Park, Shah Alam, Selangor



Emmm rangkaian ni mek was-was sket....tengoklah kalau mek rasa yakin mek akan cuba kot....sebab ni under Berjaya Group...still baru ler.....tengokla lagi 2-3 tahun...

Kepada pepeksss2 semua tu hanyalah pandangan mek....so uolsss semua jangan ade yang sentap lak bile mek kutuk rangkaian yang uolsss suke.....

Saturday, November 29, 2008

Insurance Pilihan Mek

Uollsss di bawah ni adalah brand insurance yang mek percayai dan mek ingin sekali nak beli insurance bagi setiap brand di bawah ni








Tapi apakan daya mek tak berwang...heheheheheh...cukup2 makan jer ma.....

Friday, November 28, 2008

Negara Pilihan Sekiranyer Mek Migrate

Hehehe...topic kali ni ialah kalau mek migrate mek akan memilin beberapa negara yang memang dah ada dalam senarai mek. Manalah tahu kan sempena tahun baru ni Tuhan nak murahkan rezeki mek dapat migrate ke. Huh seronoknyer....Negara dan tempat pilihan mek ialah:-

Pertama; Malaga, Andalusia , Spain


Malaga

Wah Malaga ni memang chantek uolsss....ni adalah sebuah bandar islam semasa zaman kerajaan islam Andalusia sehinggalah ianya dirampas oleh kerajaan Katolik Spain. Bandar ini dahulu kalanya merupakan salah satu pusat pentadbiran kerajaan Andalusia. Mek kalau dapat duduk sini...mek semacam bangga lak sebab bandar ini dibangunkan oleh orang Islam dan merupakan bandar Islam terakhir yang berkubur. Mek nak bawak semua orang Islam duduk kat sini balik...kalau boleh la...tapi ade aku kesah ke kalau korang kata mek ni gile ke.... Bandar ini uolls didiami oleh lebih 400 ribu penduduk. Ada beberapa masjid, Hindu temple dengan Buddha Stupa kat sini. Kira multi racial and religion la ni....kelassss.....

Kedua; Vancouver, British Columbia, Kanada



Vancouver

Uollsss Ya Ampun....bandar ni mek suke sangat. Dah la banyak orang Asia dok sini...ditambah lak bandar dia cantik dengan laut kebiruan dia buat mek angau uollsss...Vancouver ni penduduk dia adalah dalam 615 ribu orang. Hampir 1/2 penduduk dia orang Asia. Hah kan senang, mesti takde masalah racist kat sini. Tengoklah uolsss dalam gambar tu....indah kan Vancouver ni...

Ketiga; Seattle, Washington, United States of America


Seattle

Noksss tengoklah tempat ketiga pilihan mek ni....bandar ni dekat jer ngan Vancouver. Bandar ni mempunyai penduduk dalam lingkungan 500 ribu orang. hehehe...sini pun banyak orang Asia tinggal..bandar ni gak asal Sanjaya Malakar tinggal...hehheheh...apapun nokss sekalian bandar ni memang kelassss...penduduk tak ramai tapi semua facilities ada....tak la macam KL...hehehhehehe

Keempat;Perth, Western Australia, Australia



Perth

Uollsss Perth ni uollss bebas Jem ye...bandar dia tenang jer...taklah macam bandar2 kat Asia hiruk pikuk. Mek suke Perth ni sebab dia bandar moden. Makanan pun not bad. Ada seafood, semua ade...then ramai muslim tinggal sini...bandar ni mempunyai penduduk dalam lingkungan 900 ribu jer...so tak sesak sangat la kan. Luas bandaraya ni lebih kurang 2400 km persegi...huh...merembes kalau dapat umah kat sini.


Kelima; Hobart, Tasmania, Australia



Hobart

Uollss bandar ni uolls bandar kalau mek pencen nanti...penduduk dia adalah seramai 200 ribu orang. Iklim dia 4 musim. Bandar ni masih menghijau dan amat sesuai memulakan hidup baru...Nokss...kat sini ada gunung Wellington...leh ler pepeks2 semua bercamping kan...hehheheheehehe..

Anyway ni la negara, bandar dan tempat yang mek nak migrate kalau diberi peluang. Bukan apa takkan nak terperuk dalam negara jer kan...sedangkan Nabi Muhammad pun galakkan umatnya berhijrah....apapun hope my dream come true...



Thursday, November 27, 2008

Nenek dan Misteri Nusantara

Mek baru-baru ni telah kehilangan nenek tersayang akibat sakit tua. Nenek mek ni semasa hayat dia amat rajin beribadah dan suka bersedekah, sampaikan di saat2 nenek sakit masih sempat berpesan supaya kita ni jangan kedekut dan sentiasalah bersedekah. Bayangkan masa sakit menyambung nyawa pun masih teringat nak bersolat. Walaupun berbaring. I am so proud to have a grandma like u nenek.

Berbalik kepada misteri nusantara ni, kebetulan nenek mek sakit kat umah makcik mek kat kajang. Dah 2 hari nenek seperti dirasuk sehingga la seorang ustaz datang berubat. Ustaz tu kata ada something dalam badan nenek (maksudnyer ada orang masukkan benda2 tak baik dalam badan nenek). Setiap kali membaca yassin nenek akan meracau2. Ustaz tu bagi air jampi suruh kami mandikan nenek. Then bila kami mandikan nenek, tiba2 nenek menjadi lemah. Setiap kali baca yassin nenek meracau2. Pegang kaki nenek menjerit. Sehinggala pada malam Isnin, Ustaz dari Siam telah berjaya menemui sesuatu yang kami sendiri tak sangka. Seorang wanita bertudung litup telah mendajalkan nenek. Wanita tersebut telah melakukan syirik dengan membuat ilmu hitam terhadap umah makcik mek. Ustaz tersebut telah menemukan kami suatu benda yang ditanam didepan umah. Kain orang mati, paku, benda2 kotor ditemui. Mek xde masa tu coz mek kerja...so sesiapa anak perempuan nenek disuruh kencing atas benda tu dan benda tu dibuang kedalam sungai.

Sepanjang nenek sakit berbagai perkara pelik berlaku seperti bunyi orang lari ditingkat atas. Bayang2 wanita bertudung di depan rumah. Budak kecik meludah didalam umah, sehingga ada yang menyerupai cousin mek!!!!! Actually umah makcik mek ni dah lama ditinggalkan...yelah umah besar bilik 7, bilik air 7...so bilik kena lama tinggal benda2 setan ni suka hinggap. Tambahan pula perempuan bertudung tu buat jahat tanam benda2 depan umah so benda tu bertambah suka. Perempuan tu actually suka tapak umah tu sebab tanah luas dan di atas bukit. So benda2 setan dan syirik ni ditanam setan akan suka.

Jiran sekeliling semua takut bila lalu rumah ni....kata dorang ada nampak benda putih terbang atas bumbung banglo tu la...ada budak kecik nangis. Padahal umah tu kosong....huh...berdiri bulu roma mek citer.....

Apapun nenek mek telah selamat kerahmatullah....semoga roh nenek akan tenang dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Mek terharu masa cium nenek kali terakhir...wajah nenek cukup tenang. Bersih dan seolah2 sedang tidur....mek akan sentiasa mengingati nenek bersama detik2 yang lalu...Al-Fatehah...

Wednesday, October 29, 2008

Ekonomi meleset kembali

Bursa saham semakin menjunam...bik mama semakin mengganas...huh.....pening-pening

Ekonomi meleset kembali

Huh citer pasal ekonomi ni i macam tersasau jap. Tempat i kerja sekarang adalah bahagian operation yang banyak deal ngan wang. Dari wang insurans sampai kepada bentuk pelaburan. Baru2 ni kawan i yang kerja kat salah satu syarikat insurance yang terkenal ngan F1 tu dah ada prob. Dia cakap dah kena pam duit masuk Euro 10 Billion. i Macam tak percaya yang syarikat ni kena pam duit. Setahu i syarikat ini kukuh. Then kat tempat i kerja sekarang, setiap hari ada jer orang nak surrender policy la, pelaburan la beratus2 ribu. Ada policy tu mencecah RM1 juta. huh baru satu kes tu. Minggu ni jer i rasa dah lebih 10 juta habis. Then i ada dengar gak yang BNM sekarang dah mula gelisah ngan trend ni.

EMm macam mana la i ni...dah la baru kerja....risau la...kalau la ekonomi terus menerus menguncum macam ni, ditambah pula BSKL yg dah jatuh berterusan mcam ni, i rasa ni dah parah ni. Huh

Thursday, July 31, 2008

Zimbabwe oh Zimbabwe

Inilah kos biaya mimimum untuk makan tengah hari yang harus dikeluarkan oleh seorang rakyat Zimbabwe yang merupakan penduduk termiskin di dunia.

Ya, wang pecahan 500 juta dollar Zimbabwe yang baru saja dicetak pada Mei 2008 ini hanya bernilai sekitar 2 dollar amerika atau hanya cukup untuk sekali makan saja.



Zimbabwe ketika ini pemegang rekod inflasi terbesar di dunia iaitu 2,200,000 % (2.2 juta persen!), parahnya, harga-harga melambung begitu cepat dengan hanya dalam beberapa minit sahaja, jadi tak heran jika peniaga2 di zimbabwe begitu sibuk mengganti label harga barangan mereka hampir setiap minit!
Pada tanggal 20 Julai 2008 ini bank Zimbabwe juga telah mengeluarkan pecahan wang sebesar 100 Juta Dollar! yang merupakan rekod pecahan wang dengan nominal terbesar di dunia....!!!

Zimbabwe
memang memegang banyak rekod dunia, tapi sayang semua rekod itu tidak ada yang membanggakan. :-(

sehari dalam kehidupan mayarakat disana


harga2 barang di pasar zimbabwe,



Barangan keperluan harian



Harga bagi sayur-sayuran



Telur ayam




dan sebotol bir




setiap bulan bila terima gaji...kena sewa teksi atau lori le gamaknya....






'pengemis' yg boleh dianggap 'kaya' sbb dapat juta2 setiap hari...hihihi....





kalau anak org kaya jgn cakap laa....





kalau susah nak bawak duit banyak2 tukarkan ke USD...dapat sekeping je...




kilang buat wallet ngan handbag tepaksa tutup bisness sbb org x guna lagi dah....

kesian Zimbabwe kan.....kalau kawan ponen mek yang berlagak tu mek anta korang pergi sini....baru tau....