Sebelum ni mek punya la suke bila kerajaan mengumumkan bahawa kawasan mek, Puchong akan dapat kemudahan LRT. Mek punyalah canang2 kan dekat kawan2 mek yang mek tak perlu susah2 drive nak ke tempat kerja dgn adanyer LRT ni, leh jimat minyak, budget leh jimat, tetapi selepas 2 tahun senyap jer berita ni. Masa pengumuman nak buat LRT tu, masa tu harga minyak naik 30 sen, ke RM1.92 sen se-liter, mek ingat lagi masa tu kerajaan kata dapat menjimatkan RM 4 billion dan duit itu akan digunakan untuk memantapkan jaringan LRT. Namun setelah lama menunggu bayangan LRT, mahupun jaringan nya pun tak nampak lagi. Ni bila minyak naik lagi 78 sen kepada RM2.70 se-liter pun masih takde bayangan lagi. Yang kerajaan tahu kita kena jimat cermat, potong itu, potong ini, bagi mek la kan kalau dah tahu kena bebanan bayar subsidi minyak yang tinggi, kenapa tak dibuat sahaja sistem pengangkutan canggih dengan membina LRT, ERL ke, memang la sekarang ni macam tak untung, but in future who know? Kekadang mek rasa macam sengal je kerajaan ni. Cakap senang la, coz dia tak merasa macam mana orang bawahan ni merasa bila harga semua naik. Jangan la cakap sesedap rasa jer suruh orang jimat sedangkan orang2 besar ni minyak pun disubsidi oleh duit rakyat. Cuba dorang bayar sendiri tengok macam mana rasanya. Kekadang mek tak faham apa yang dorang nak buat,sungguh tak efisien. Mek rasa pasal tu la dorang kalah teruk kat 5 negeri masa PRU lalu. Sepatutnya mereka kena faham masalah rakyat.
Bagi mengaburi mata rakyat senang jer bagi insentif macam RM625 setahun la...kalau dibuat LRT kan senang, tak yah ko nak pening2 fikir pasal duit. Long term investment la. Dah la ekonomi nak gawat, takde ke resolusi nak settle kan masalah ni. Kalau ada LRT ko nak naikkan RM10 pun takde hal, coz leh naik LRT jer pergi kerja, ini ada kepentingan, kalau buat LRT orang tak nak beli kete, kete Malaysia, dah la harga kete mahal, kalau diturunkan ok la gak, ni melampau2 harga dia. Takkan la kita orang bawahan ni tak nak pakai kereta. Kalau pengangkutan awam bagus takpe jugak, ni macam cibai. Tengoklah apa jadi pada KTM Komuter. Mek nak cabar jer supaya PM cuba naik KTM Komuter masa puncak tengok macam mana keadaannya. Naik tanpa pengawal ke, menyamar jadi rakyat biasa, cuba tengok masalah rakyat. Kan bagus. Ni takde pun nak rasa masalah rakyat, dah la KTM Komuter tu kadang2 takde air cond, panas, busuk, benda2 kecik macam ni pun Menteri Pengangkutan tak leh nak settle kan. Macam mana rakyat nak percaya lagi. Dan jangan salahkan rakyat bila kerajaan kalah dibeberapa negeri masa PRU dulu. Rakyat ada hak untuk sokong mana2 parti tanda protes. Dah lama dah bersabar.
Berbalik kepada LRT ni, mana dia budget RM4 billion tu? mana perginyer, mek rasa macam kena tipu jer. Takkan senyap jer. Dah la nanti TOL mesti naik punya, gaji minima masih lagi bawah RM1k. Apa nak buat dengan gaji RM1K ni. Dah la hidup susah, rumah lak yang mana kos rendah ni letaknya jauh2. Pengangkutan awam takde. Tak kesian ke pada rakyat. Mana kebajikan kerajaan kepada rakyat. Mek rasa ramai orang tertekan. Bukan orang Puchong sahaja ternanti2 LRT ni, orang dari Subang Jaya, USJ, Cheras, Damansara pun ternanti2 kemudahan ni. Cuba kerajaan buat survey kenapa kawasan2 ini jatuh kepada pembangkang? Sebab dorang rasa tertipu pasal benda2 macam ni la. Nak buat LRT bayang pun takde, so kita macam kena tipu jer. Tengoklah Parlimen seperti Puchong, Kelana Jaya, Subang, Hulu Langat, Gombak semua jatuh. Itu tandanya protes. Banyak orang tak puas hati cara pengurusan kerajaan. Kita bukan nak mintak tengok koridor2 tu. Cukuplah apa yang terjadi pada Cyberjaya, Projek Pelabuhan Kelang tu macam mana dah terjadi. Takkan tak rasa benda tu.
So mek harap tunaikan la janji2 terdahulu. Buat la LRT, tunjukkan lah pada rakyat pelan dia, jaringan dia. Sudah2 lah berbangga pasal koridor2 tu. Kita penduduk bukan nyer ramai, 28 juta jer. Jagalah hati dan perasaan rakyat.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment