Thursday, November 27, 2008

Nenek dan Misteri Nusantara

Mek baru-baru ni telah kehilangan nenek tersayang akibat sakit tua. Nenek mek ni semasa hayat dia amat rajin beribadah dan suka bersedekah, sampaikan di saat2 nenek sakit masih sempat berpesan supaya kita ni jangan kedekut dan sentiasalah bersedekah. Bayangkan masa sakit menyambung nyawa pun masih teringat nak bersolat. Walaupun berbaring. I am so proud to have a grandma like u nenek.

Berbalik kepada misteri nusantara ni, kebetulan nenek mek sakit kat umah makcik mek kat kajang. Dah 2 hari nenek seperti dirasuk sehingga la seorang ustaz datang berubat. Ustaz tu kata ada something dalam badan nenek (maksudnyer ada orang masukkan benda2 tak baik dalam badan nenek). Setiap kali membaca yassin nenek akan meracau2. Ustaz tu bagi air jampi suruh kami mandikan nenek. Then bila kami mandikan nenek, tiba2 nenek menjadi lemah. Setiap kali baca yassin nenek meracau2. Pegang kaki nenek menjerit. Sehinggala pada malam Isnin, Ustaz dari Siam telah berjaya menemui sesuatu yang kami sendiri tak sangka. Seorang wanita bertudung litup telah mendajalkan nenek. Wanita tersebut telah melakukan syirik dengan membuat ilmu hitam terhadap umah makcik mek. Ustaz tersebut telah menemukan kami suatu benda yang ditanam didepan umah. Kain orang mati, paku, benda2 kotor ditemui. Mek xde masa tu coz mek kerja...so sesiapa anak perempuan nenek disuruh kencing atas benda tu dan benda tu dibuang kedalam sungai.

Sepanjang nenek sakit berbagai perkara pelik berlaku seperti bunyi orang lari ditingkat atas. Bayang2 wanita bertudung di depan rumah. Budak kecik meludah didalam umah, sehingga ada yang menyerupai cousin mek!!!!! Actually umah makcik mek ni dah lama ditinggalkan...yelah umah besar bilik 7, bilik air 7...so bilik kena lama tinggal benda2 setan ni suka hinggap. Tambahan pula perempuan bertudung tu buat jahat tanam benda2 depan umah so benda tu bertambah suka. Perempuan tu actually suka tapak umah tu sebab tanah luas dan di atas bukit. So benda2 setan dan syirik ni ditanam setan akan suka.

Jiran sekeliling semua takut bila lalu rumah ni....kata dorang ada nampak benda putih terbang atas bumbung banglo tu la...ada budak kecik nangis. Padahal umah tu kosong....huh...berdiri bulu roma mek citer.....

Apapun nenek mek telah selamat kerahmatullah....semoga roh nenek akan tenang dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Mek terharu masa cium nenek kali terakhir...wajah nenek cukup tenang. Bersih dan seolah2 sedang tidur....mek akan sentiasa mengingati nenek bersama detik2 yang lalu...Al-Fatehah...