Saturday, June 21, 2008

Pendeknya hidup ni

Teringat mek masa kecik2 dulu, tak sabar mek nak besar, katanya boleh tolong parents. Tapi bila mek dah merasa besar ni macam tak puas lak merasa zaman kecik2 dulu. Baru mek perasan bahawa hidup kita ni pendek ajer. Alih2 dah nak tua. Hehehhe...mek tak pernah rasa umur tu perlu dirahsiakan okey. Kalau dah tua tu buat cara kertu. Hehehehhe...tak gitu kak Reez?

Berbalik kepada jangkamasa hidup kita yang pendek ni, mek teringin sangat nak merasa apa yang orang lain rasa. At least mek nak melancong ke seluruh dunia ni menggunakan duit yang halal yang mek sendiri dapat. But itu baru perancangan mek la. Hope tuhan makbulkan. Mek juga teringin nak tengok kawan2 mek berjaya. Mek rasa bangga kalau dorang berjaya. Hidup ni terlalu cepat masanya. Sedar2 kang kita dah 40 tahun. Kalau dah macam tu mek nak sesuatu seperti aset untuk masa depan mek. Yela mek kan takkan kawin dan mempunyai anak. At least kalau mek ada aset seperti rumah ke, tanah ke, mek boleh gunakan masa mek ingin menghabiskan sisa2 hidup mek nanti.

Emmm mek juga teringin nak amik MBA dgn PHD before umur mek cecah 36 tahun, but itu pun baru perancangan. Actually mek suka belajar, keghairahan ini berlaku masa umur mek 21 tahun. Entahlah harap harapan mek ini pun Tuhan akan makbulkan juga. Mek pun ada hasrat dan cita2, kalau mek kaya mek nak tolong golongan yang susah seperti anak penceraian, anak orang miskin yang tiada bimbingan dan membantu golongan tua yang diabaikan anak2. Mek juga teringin nak buat Universiti untuk anak2 yang pandai tetapi miskin dengan memberikan mereka pendidikan yang percuma. Tapi itu semua perancangan sahaja. Tetapi mek harap Tuhan juga akan memakbulkan hasrat mek ni.

Dan yang terakhir sekali mek ingin sekali membawa kawan2 pondan mek menunaikan haji bersama-sama. Beribadat dan bertawaduk depan kaabah. Mek teringin nak buat tu. Harap Tuhan juga memakbulkan permintaan mek ni.

Akhir sekali, sebelum mek menutup mata, ada dua hasrat mek, pertama, mek teringin nak bermimpi arwah ibu mek dan memeluk dia dengan penuh erat serta penuh kasih sayang. Keduanya mek ingin membawa bapa mek menatap kubur ibu mek dan mengaku kesalahannya meninggalkan mek dan ibu mek dulu. Mek nak dia menyesali setiap perbuatannya.... Apapun Mek sayang sangat ibu mek. Dialah ibu yang terbaik buat mek. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Salam rindu RoseMatilda buat Amor,Acu,Hotmama, ReezBerry,Kak Nita dan semua yang mengenali mek.

2 comments:

Amor Rizan said...

TAKPE, WALAUPUN MASA TERASA SINGKAT, PERSAHABATAN TETAP DI HATI.. GITEW.. NYAH! BILER NK GI KUAR SAMA NIH!! ADIK2

RoseMatilda said...

hehehhe..set la time....teringin nak makan2 kat Pavilion kan...mesti best.