Sunday, July 27, 2008

Selangor Oh Selangor



Topik yang mek nak bawakkan minggu ni adalah pasal Negeri Selangor ni. Seperti kita sedia maklum bahawa negeri Selangor ni terdapat 2 buah Wilayah Persekutuan yang mana ia terletak hampir antara satu dengan yang lain. Bermaksud apabila satu lagi jajahan Selangor iaitu Putrajaya terpaksa tunduk kepada kerajaan persekutuan, untuk dijadikan Wilayah Persekutuan, Selangor telah menjadi semakin mengecil. Bebalik kepada citer mek ni ia bersangkut paut juga dengan kedaulatan negeri Selangor ini. Seperti kita sedia maklum bahawa banyak kawasan-kawasan Negeri Selangor ini terpaksa diposkodkan dengan menggunakan poskod Kuala Lumpur. Antara sedar atau tidak Selangor seolah-olah membiarkan sahaja kedaulatan wilayahnya diperkotak-katikkan. Diantara kawasan-kawasan itu adalah:-

Kawasan Pandan Triangle

Kawasan ini meliputi kawasan Pandan Indah, Pandan Perdana, Kampung Pandan Dalam, Pandan Mewah, Ampang Hilir, Sebahagian kawasan Shamelin Perkasa terpaksa diPoskodkan dengan menggunakan poskod 55100 Kuala Lumpur. Mengapa ini terjadi sedangkan kawasan ini di bawah jajahan Negeri Selangor. Tidakkah ini mengelirukan penduduk? Tidakkah kawasan-kawasan ini lebih molek diposkodkan dengan menggunakan poskod baru seperti 68300 Pandan atau menggunakan poskod Ampang iaitu 68000? Tidakkah Kerajaan Selangor tidak memandang perkara ini. Mungkin mereka beranggapan ianya remeh, tetapi ia perlu bagi memastikan kedaulatan Selangor terbela.

Kawasan Ampang/Hulu Kelang

Kawasan ini meliputi kawasan Kuala Ampang, Seri Maya Condo iaitu sepanjang jalan Jelatek, Bekas tapak kampung Beremban, Sebahagian Kampung Dato Keramat, Kawasan AU iaitu Keramat,Lembah Keramat, Kawasan perindustrian seperti Kilang Texas, semuanya menggunakan poskod 54200 Kuala Lumpur. Tidakkah kawasan ini lebih molek ditukarkan kepada 68400 Hulu Kelang atau 68500 Ampang. Ini perlu kerana kebanyakkan kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya ini menggunakan poskod Kuala Lumpur. Sungguh mengelirukan.

Kawasan Taman Melawati/Taman Pertama/Kampung Melayu Klang Gate/Zoo Negara/Kampung Kemensah

Kawasan-kawasan ini juga menggunakan poskod Kuala Lumpur. Mengapa ini terjadi? Adakah Kerajaan Selangor juga tidak mengendahkan kawasan ini sebagai Jajahannya? Adalah lebih molek sekiranya kawasan-kawasan ini ditukarkan poskodnya dari 53100 kepada 68700 Melawati atau 68700 Ampang. Kan lebih terjamin kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya selain hanya melekatkan pelekat pada papan tanda padahal poskodnya Kuala Lumpur.

Kawasan Bandar Sri Damansara

Kawasan ini sebenarnya adalah dibawah kawal selia Majlis Bandaraya Petaling Jaya tetapi menggunakan juga poskod Kuala Lumpur iaitu 52100 atau 52200. Mengapa ini terjadi? Teringat mek kawan tempat kerja mek merungut. Rumah dia dikawasan Sri Damansara, bila nak buat sesuatu jer pergi MBPJ. Dia kepelikan poskod Kuala Lumpur kenapa MBPJ dan bukan DBKL...setelah diselidik rupanya Sri Damansara tu dibawah Kerajaan Negeri Selangor!!! Dia pernah berkata kenapa tidak diposkodkan sahaja kawasan ini menggunakan poskod Petaling Jaya. Mek pun setuju cadangan dia tu kenapa tak bubuh jer poskod seperti 47815 ke kat Bandar Sri Damansara tu. Pelik Mek

Kawasan Gombak Utara/Simpang Tiga/ UIA Gombak

Ini juga salah satu kawasan yang mungkin Kerajaan Negeri Selangor tak endahkan pasal poskodnya. Dah terang2 UIA Gombak tu under Selangor, kenapa masih menggunakan poskod 53100? Begitu juga dengan SImpang Tiga Gombak, Kampung sekitarnya masih lagi menggunakan poskod Kuala Lumpur. Kenapa tak diletakkan poskod seperti 68900 Gombak ke atau 68900 Gombak Timur. Seperti Selangor tidak sayang akan jajahannya.

Kawasan Cheras

Ini juga kawasan yang perlu diambil berat. Banyak kawasan-kawasan Cheras ini adalah di bawah pentadbiran Selangor tetapi menggunakan poskod Kuala Lumpur iaitu 56100. Mengapa ini terjadi? Mengapa kawasan ini tidak diposkodkan sahaja menggunakan poskod 43250 Cheras? Kawasan seperti Cheras Perdana, Sebahagian kawasan perumahan di Belakang Plaza Pheonix semuanya menggunakan poskod 56100. Majlis Perbandaran Kajang perlu berbuat sesuatu supaya pada masa hadapan penduduk tidak keliru samada mereka dibawah DBKL atau MPKj

Kawasan IOI Resort Putrajaya

Sebenarnya kawasan ini adalah kawasan di bawah Majlis Perbandaran Sepang, akan tetapi kawasan ini menggunakan pula poskod Putrajaya iaitu 62000. Kenapa tidak diletakkan poskod seperti 63500 ke instead of 62000 Putrajaya.


Keadaan-keadaan di atas amat membimbangkan mek sebagai warga Selangor. Yelah mek tak nak tengok yang Negeri Selangor ini akan pupus lagi 100 tahun. Walaupun ianya nampak remeh, tetapi secara langsungnya banyak kawasan Selangor ini seakan ingin dipupuskan oleh poskod-poskod yang mengelirukan ini. Ambil la inisiatif untuk berbuat sesuatu supaya kawasan-kawasan ini dapat dikembalikan dengan menggunakan poskod Negeri Selangor yang Betul.

1 comment:

Nizar Termizi said...

betul tu mek..
aku sokong glew..
cth mcm kt rumah aku aku..
pjs 5 poskod 46150 petaling jaya..
pjs 9 poskod 46150 subang jaya..
pelik sungguh..
lagi 1 kalau tengok address sunway pyramid 46150 petaling jaya..
then bile masuk dalam pyramid lesen perniagaan mpsj plak..
x phm aku..