Saturday, November 26, 2011

Puchong Perlu Rumah Mampu Milik

Mek rasa terpanggil nak menulis blog x seberapa fofuler ni....bukan apa..mek merasakan perlunya tanggungjawab mek untuk memberikan pendapat berkenaan rumah mampu milik ni. Seperti kita sedia maklum bahawa kawasan Puchong ini membangun dengan amat pesat sekali. Rumah baru tumbuh macam cendawan, malah setiap 3 bulan pasti ada projek baru akan dilancarkan. Namun ada kekurangan yang ketara sangat dan agak bias bagi mereka yang ingin memiliki rumah kat Puchong ini tapi tidak mampu oleh kerana harga yang melambung2. Oleh itu mek berharap sangat kerajaan Selangor mahupun Persekutuan menyediakan rumah mampu milik ini terutamanya di Puchong memandangkan fasiliti yang lengkap dan dengan adanya Sambungan LRT nanti akan memberikan faedah kepada penduduk yang berpendapatan sederhana dan kebawah. Jesteru, rumah mampu milik berharga RM120k-160k amat diperlukan bagi pembeli pertama yang ingin memiliki aset dikawasan prima seperti Puchong. Mek perasan gak kalau umah mampu milik kekadang gomen ni sajer buat jauh2. Mcm kat Kuala Selangor la, Ijok la, Rasa la, Antara Gapi la...persoalannya, kenapa perlu jauh sedangkan penduduk lembah kelang ni perlukan rumah yang hampir dengan fasiliti dan tempat kerja. Mek haraplah kerajaan Selangor mahupun persekutuan memandang kes ini dengan serius. PRU13 pun dah hampir, bantu la rakyat yang memerlukan rumah ini. Masih ramai diluar sana inginkan rumah sendiri.

Sekian posting mek.....

No comments: