Saturday, October 6, 2007

Alahai...Matilda

Hari Matilda nak citer pasal satu citer yang Matilda pernah alami. Bukan nak meraih simpati atau apa tapi Matilda harap citer ini akan menjadi panduan kepada bakal kawan2 yang akan mengalaminya. Citernyer begini, Matilda dilahirkan cukup sifat ada mum and dad, tetapi hubungan mereka tidak kekal. So parent Matilda broke up dan bawa haluan memasing. So Matilda dibesarkan dikampung dengan suasana yang amat menyeronokkan. Sehinggalah satu kenangan pahit yang Matilda tak boleh lupa bila satu persatu orang amat Matilda sayangi tiada. Bermula dengan my grandpa then grandma sehinggalah kepada my mum. Semuanya pergi meninggalkan Matilda...so Matilda takda sapa nak mengadu melainkan sedara mara dan 2 orang abang Matilda. Tetapi harapan tinggal harapan, saudara yang diharap membantu tidak datang atau ambil tahu akan kehidupan Matilda sehinggalah suatu hari Saudara yang dianggap seperti parent Matilda telah memburuk2kan Matilda dan abang2 Matilda. So Matilda menjadi marah dan meronta. Dalam pada itu Matilda juga amat marah dgn abng2 Matilda yang tidak mahu membetulkan diri menjadi orang yang lebih berguna. Nasib baik Matilda ada kawan2 yg sudi membantu. Takkan Matilda lupa jasa mereka seperti Rizan, Iskan,Nain dan Dann. Mereka sungguh baik terhadap Matilda.

Dijadikan cerita my 1st brother tu kawen muda. Dalam hati Matilda takkan la tak tahu kita dah la tinggal 3 bersaudara sepatutnya abang sulung kena mengalah untuk jaga adik2 dibawah, tetapi tidak pada abang sulung Matilda. Bayangkan dia kawen pada usia 25 tahun. setahun my mum tiada. So Matilda tak boleh cakap apa sebab itu diri dia dan wedding dia pun meriah. Episode dpt kakak ipar ni kadangkala membuatkan orang menyampah. Kak Ipar Matilda ini berkira sikit. Ada satu peristiwa yang Matilda akan ingat sampai mati, iaitu semasa bulan puasa. Ada ke patut Abg Matilda dan kak ipar boleh berbuka diluar tanpa tinggalkan apa2 utk dimakan. Dorang tahu Matilda ada dirumah tapi dorang tak bagi tau awal2. Matilda menjadi marah sangat. Tapi dah itu dorang punya keputusan dan Matilda pun terima la seadanya.

Tuhan tu maha kaya. Abang Matilda kawen awal pun takde anak, setelah 7 tahun baru ada. So pada abg2 sulung atau kakak2 sulung yg dah takde mak bapak atau ada bapak tapi tak bertanggungjawab, jgn la nak lepaskan diri dgn tinggalkan adik2 korang semua. Tak berkat, Sepatutnya dorang kena berkorban bagi adik2 selesa dulu dan boleh berdikari then nak kawen, kawen la.

Nak dijadikan citer juga abang kedua Matilda jugak tak sedar akan statusnya sebagai anak yang takde parent. Dia main belasah je. Isap syabulah. Then ajak kawan dia reramai lepak kat umah. Rimas Matilda dibuatnya. Bukan apa, dah masa tu Matilda penat kerja part time kat shopping complex, belajar lagi, dia leh buat muka poyo dia bawak kawan. Akhirnya Matilda lari tinggalkan rumah pusaka tu.

Selepas tu Matilda menumpang dirumah Rizan. Mak Rizan baik sgt. Memang Matilda terhutang budi pada parent dia. Takkan Matilda lupa jasa mereka sampai mati. kat sini Matilda belajar hidup berdikari. Semuanya berjalan lancar.

Ada sesuatu yang membuatkan Matilda menjadi lain dari Matilda yang dulu. Matilda telah menjumpai orang yang membuatkan Matilda mengenali dunia ini dengan seluasnya. Disini Matilda nak jelaskan pada kawan2 Matilda. Matilda tinggalkan dorang bukan Matilda lupa atau menjadi kacang lupakan kulit, tetapi Matilda perlu mendapatkan sesuatu dalam diri Matilda. Matilda takde sapa untuk diaturkan perjalanan hidup Matilda melainkan diri sendiri. Semua pakai duit sendiri, takde bantuan, takde subsidi. Perit sungguh masa tu cari duit nak belajar. So Matilda belajar balik, Mula2 Matilda masuk course persediaan kat UiTM dan amik Diploma in Accountancy, tetapi Matilda sangkut. Then Matilda tak patah semangat dan amik course kat OUM dan akhirnya Matilda mendapat sesuatu yang Matilda rasa dapat membantu karier kerja Matilda. Matilda lulus Sarjana Muda Pengurusan dengan Kepujian dalam Pengurusan Sumber Manusia. Dan itulah kenangan manis Matilda sampai bila2.

Kini Matilda akan melangkah lagi dan terus melangkah memperbaiki diri. Biarlah orang nak kata apa kat kita asalkan kita tahu apa yang kita buat. Matilda akan terus belajar dan belajar. Bila dah berjaya sikit barulah abang2 Matilda bukak mata sikit bahawa adik dorang ini mampu hidup berdikari tanpa menyusahkan orang lain. Matilda puas sangat dengan usaha ni, dan Matilda harap dan berdoa agar Matilda akan berjaya dan berjaya suatu hari nanti.

P/S: Moral of the story yang Matilda nak sampaikan ialah janganlah kita mengharapkan apa2 dari adik beradik kita bila parent kita dah takde. Kekadang mereka tak tahu erti kekeluargaan ini dan bila dorang tahu kita ni ponen, drag queen ke, gay ke or lesbian lagi mereka akan sisihkan kita. Sementara parent kita ada ini, kita kena beringat, simpan duit dan buatlah perancangan agar kita tak menjadi peminta sedekah atau menjadi orang yang loser bila parent kita dah takda nanti.

oklah...jumpa lagi diposting yang akan datang. Tata

4 comments:

Amor Rizan said...

walau apa pun, u are the strongest person among my friends.. bilernye nk buka sama nih.. poshe dh nk abes..

hOtMaMa said...

matilah matilda katanya!!!
siapkah ittiew..?? tp drpd jalan cerita yg mak baca nih, mak mcm tahu2 jerk siap ko matilda...

Meen Zuleyka said...

sedihnya...takpe tabahkan hati...pintu rezeki akan terbuka asalkan rajin berusaha dan terus berusaha...

RoseMatilda said...

Thanks uols. Kata2 ouls memberi semangat kepada Matilda. Appreciate sangat. Thanks