Friday, October 12, 2007

berbuka hari terakhir dibulan ramadan

Hari ni Matilda berbuka puasa kat Kluang Station, kat Giant Kinrara. Dah tak ramai berbuka luar, yelah besok nak raya dah. Dalam pada makan2 masa berbuka tu, Matilda terlihat satu keluarga kecik ni. Kenapa Matilda panggil keluarga kecik sebab ada 3 orang jer, Ayah, mak dan anak. Nak tahu tak kenapa Matilda suka tengok dorang? Sebabnya keluarga dorang ni walaupun kecik tapi happy sangat. Ayah dorang pandai buat kelakar. Suka tengok bagaimana dia menceriakan keluarga dia yang kecik tu. Anak dan isteri dia asyik ketawa jer. Matilda kusyuk tengok gelagat dorang. Dalam hati Matilda seronoknyer keluarga ni, walaupun kecik tetap meriah. Ada sesetengah orang berpendapat bahawa keluarga kecik ni membosankan tetapi kalau ketua iaitu ayah dapat mengembirakan ahli keluarganya, kecik macam mana pun tetap meriah. Begitulah kita kalau kita pandai menyesuaikan diri pada sesuatu keadaan.

Okeylah blogger sekalian, Matilda minta diri dulu.

2 comments:

Meen Zuleyka said...

kalau masa kecik dulu, hari raya hari yang ditunggu2, tapi sekarang ni bila dah meningkat dwasa, bulan ramadan yang paling menggembirakan...setuju tak?

RoseMatilda said...

Setuju...rasa sedih kan bila ramadan dah abis...dulu kecik2 tak sabar nak raya...siap bilang hari tu....hehhhe...nostalgia sangat.