Sunday, October 28, 2007

Pelakon Wanita zaman dulu-dulu

Hari ni Matilda terbelek2 lah website...tah macam mana tercarik la nama2 pelakon2 lama yang Matilda minat. So Matilda pun carilah satu persatu macam nak rak. Hasilnya...oulsss boleh la baca info mereka kat bawah ni.


Hah Uolss nama penyanyi dan pelakon ni namanya Saloma atau nama sebenarnya Salmah Binti Ismail, lahir di Pasir Panjang, Singapura. Beliau adalah adik kepada pelakon veteren Mariani. Saloma adalah ikon pelakon kegilaan ramai dizaman 60an. Beliau terkenal dengan kelunakan suaranya dan juga berbakat dalam bidang lakonan. Antaranya Azimat (1958), Kaki Kuda (1958) dan Seniman Bujang Lapok (1961). Adik2 yang tak ingat siapa dia, dialah penyanyi asal lagu Selamat Hari Raya. Namun beliau telah meninggalkan kita pada tanggal 25 April 1983. Pemergiannya tiada penggantinya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatehah



Saadiah, ibu kepada pelakon Ogy Ahmad Daud merupakan antara pelakon wanita yang berjaya dalam zaman kegemilangan filem melayu. Saadiah atau nama asalnya Satya Baharom dilahirkan di Tanjung Katong,Singapura pada 10 Ogos 1937. Di antara lakonan beliau yang memberi kesan sehingga ke hari ini ialah filem Hang Tuah (1956) Musang Berjanggut dan Penarek Becha. Beliau juga merupakan seniwati melayu pertama yang membawa watak ejen perisik dalam Nora Zain-Ejen Wanita 001 yang menjalani pergambaran di Hong Kong pada tahun 1966. Sebelum itu beliau juga turut berpeluang berlakon dalam filem Melancung ke Tokyo pada tahun 1965. Selain dari itu, beliau juga adalah pengarah wanita pertama Malaysia yang mengarah filem Ceritaku Ceritamu pada tahun 1979. Saadiah juga pernah dinobatkan untuk anugerah seniwati veteren pada Festival Filem Malaysia Ke-12 pada tahun 1995. Namun beliau telah meninggalkan kita untuk selama-lamaya pada 25 Februari 2005 akibat kencing manis. Al-Fatehah untuk Allahyarhamah Satya Baharom.


Siti Tanjung Perak
Nama asal pelakon veteren ni Siti Sundari Binti Samad
Lahir di Pulau Wasi Bugis, Sulawesi

Antara lakonan nyer adalah seperti Che Mamat Parang Tumpul (1960), Bawang Putih Bawang Merah (1959), Aloha (1950) dan Noor Asmara (1949).

Lakonannyer amat mantap dan kekadang Matilda tertarik dengan lakonan bersahaja yang beliau lakukan. Matilda rasa pelakon sekarang tak boleh menandingi beliau. Beliau adalah seniwati sebenar. Namun beliau telah meninggalkan kita dan bakat beliau akan tetap dikenang sehingga kini. Al-Fatehah.


Salmah Ahmad atau nama sebenar beliau Salmah Binti Lagio. Dilahirkan di Jalan Ibrahim, Johor Bahru. Uolls mesti tak kenal siapa dia kan? Dialah pelakon utama Jula Juli Bintang Tiga (1959). Selain filem ini, lain2 lakonan beliau adalah Sumpahan Pontianak (1958) dan Rasa Sayang Eh (1959).


Uolss kenal tak sapa ni? Nama dia Saamah. Inilah pelakon yang menjadi mak angkat P.Ramlee dalam citer Hang Tuah (1956). Alah yang masa P.Ramlee nak memikat Puteri Sultan Pahang tu. Uolls mesti ingatkan?|


Wah inilah dia Pelakon Veteren Zaiton atau nama sebenarnya Zaitun Binti Abdul Hamid. Beliau dilahirkan di Singapura. Antara lakonan beliau adalah Hang Tuah(1956) , Anakku Sazali (1956) dan Lela Manja (1960)


Ha...ini adalah mak kepada Allahyarhamah Roseyatimah. Nama dia Neng Yatimah atau nama betul beliau Buntat Binti Ahmad. Beliau dilahirkan di Singapura dan selalu memegang watak pelakon air mata. Zaman sekarang pelakon semua tak real bila menangis...semua plastik...Matilda bagi pelakon ni 5 stars you...memang hebat. Antara lakonan beliau ialah Nilam(1949) dan Takdir Ilahi (1950)


Lihat lah betapa cantiknyer Sarimah atau nama sebenar beliau Datuk Sarimah Binti Ahmad. Beliau dilahirkan di Pulau Rusa, Pekan, Kuala Pahang. Beliau adalah antara pelakon tercantik dizamannyer. Kalau sekarang lebih kurang macam Maya Karin, Erra Fazira, Pasha Sanda dengan Fazura la...tapi beliau memang cantik...kecantikan beliau tetap maintain sampai sekarang. Antara filem lakonan Sarimah adalah Si Tanggang (1961) dan yang paling popular sampai sekarang ialah filem Ibu Mertuaku (1962) selain Madu Tiga (1964). Beliau pernah dinobatkan sebagai pelakon terbaik pada Festival Filem Malaysia yang ke dua pada tahun 1981.

Pelakon ni agaknyer korang mesti tak kenal kan? Beliau adalah bekas isteri Datuk Jins Samsudin. Nama beliau adalah Rahmah Binti Rahmat, dilahirkan di Singapura. Antara lakonan beliau adalah Hang Tuah(1956), Sumpah Orang Minyak (1958). Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 29 March 1993 di Singapura. Al-Fatehah untuk Allahyarhamah Rahmah Binti Rahmat.


Beliau adalah antara primadona filem melayu. Siapa yang tak kenal Siput Sarawak, ibu kepada Anita Sarawak ini. Nama asal beliau ialah Ramlah Binti Abdullah, dilahirkan di Kuching, Sarawak. Memulakan karier sebagai pelakon dengan membintangi filem pertama beliau bersama P.Ramlee iaitu Cinta (1948), disamping lain2 filem beliau seperti Hang Jebat(1961) dan Hujan Panas(1953). Untuk pengetahuan semua, Siput Sarawak adalah seorang yang buta huruf. Beliau jika diberi watak akan menyuruh seseorang membaca dialog dan beliau akan menghafalnya. Begitu hebatnya primadona ini. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 03 Jun 1999 di Singapura. Al-Fatehah.

Pelakon cantik ini merupakan ikon kepada peminat filem melayu di Singapura. Beliau yang berasal dari Tunsia, Mabnahasadari, Menado, Sulawesi Utara ini adalah pelakon filem2 seram melayu. Macam Maya Karin la. Datuk Maria Menado atau nama sebenarnya Liesbet Dotulog pernah membintangi filem seperti Dendam Pontianak (1957) dan Sumpah Pontianak (1958) dan beliau sekarang menetap Di Bukit Jelutong , Shah Alam


Wajah Allahyarhamah Noormadiah tak asing lagi bagi kita. Gaya lakonannya yang menjadi serta kepandaian beliau beraksi di depan lensa menjadikan beliau pelakon serba boleh. Noormadiah atau nama sebenarnya Edith Sumampo @ Norma Binti Abdullah Dilahirkan di Sulawesi Selatan. Sapa boleh lupa lakonan beliau sebagai ibu tiri yang garang dalam filem Lela Manja (1960). Lakonan beliau cukup berkesan didalam filem tersebut. Lain-lain lakonan beliau yang memberi kesan kepada Matilda ialah Si Tenggang (1961) menjadi ibu miskin(sedih citer ini) dan Semerah Padi (1956) bab beliau di rotan dikhalayak ramai. Untuk Allahyarhamah, Matilda memang salute dan 5 stars Matilda bagi untuk beliau. Lakonan beliau tetap dikenang sehingga kini. Al-Fatehah untuk Allahyarhamah Normah Binti Abdullah.

Roseyatimah atau nama sebenarnya Rosnah Binti Jasni adalah pelakon melayu zaman akhir 50an yang popular di Singapura. Beliau yang dilahirkan di Singapura merupakan isteri kepada pelakon veteren Mustapha Maarof dan anak kepada Neng Yatimah. Antara lakonan beliau adalah seperti Pendekar Bujang Lapuk(1959), Dang Anom (1962) dan Tunang Pak Dukun (1960). Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 14 Disember 1987 akibat kanser. Al-Fatehah


Rosiah Chik, penyanyi lagu2 asli. Siapa tak kenal Allahyarhamah Rosiah Chik atau nama sebenarnya Rosiah Binti Abdullah. Beliau mempunyai suara yang lunak ketika mendendangkan lagu2 asli. Namun beliau telah pergi meninggalkan kita selama2nya pada akhir tahun 2006. Al-Fatehah

Uolls walaupun kita dizaman maju chenggini, Matilda tetap mengkagumi filem2 lama. Bak kata orang takde yang lama maka tiadalah yang baru. So hingga berjumpa lagi. TATA

4 comments:

Meen Zuleyka said...

u agak muka i mcm pelakon wanita yang mana satu...

RoseMatilda said...

mestilah i pilihkan u Roseyatimah....

unicorn said...

info artis legenda melayu selalu x lengkap mcm artis hollywood (klasik)..info spt tarikh lahir,latar belakang ibubapa/keluarga,adik bradik, suami,anak2, malah tarikh meninggal dunia pun tiada.!

salim salim said...

Roseyatimah heroin Pendekar Bujang Lapuk. Lemah lembut sekali tutur katanya sungguh menawan hati